Rabu, 31 Oktober 2007

Ahad, 21 Oktober 2007

Majlis Penyampaian Komputer kepada Keluarga En. Kamarudin bin Lajis - 21 OKT. Jam 10.30 pagi

Selepas majlis penyampaian set komputer di rumah En. Kannan, ahli-ahli CyberlinQ SK Ganun meneruskan program di rumah En. Kamarudin iaitu keluarga kepada Adik Mohd Norhaziq dan Nurul Nazatul Nazua.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar Sk Ganun, Pn. Halipah binti Abu. Walaupun cuaca di luar hujan renyai-renyai, ini tidak menghalang ahli-ahli CyberlinQ SK Ganun untuk meneruskan tugasan mereka.

Mereka sama-sama memasang set komputer berkenaan. Seluruh ahli keluarga ini amat bersyukur kepada CyberlinQ SK Ganun telah memilih keluarga untuk projek kemasyarakatan.

Ahli-ahli CyberlinQ SK Ganun menyatakan mereka patut berterima kasih kepada MAXIS Bdriging Communities yang telah menaja projek ini.

Kesempatan juga telah diambil untuk berhariraya di rumah keluarga ini. Kami semua bersurai kira-kira jam 10.15 pagi setelah memastikan peralatan komputer yang disumbangkan berjalan lancar.

Majlis Penyampaian Komputer kepada Keluarga En. Kannan a/l Karimboo - 21 OKT. Jam 10.00 pagi

Majlis penyampaian set komputer multimedia kepada keluarga En Kannan telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Ganun, Puan Halipah binti Abu.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Ganun, Puan Hjh Kasimah binti Hj Musa.

Majlis telah berlangsung di rumah En. Kannan. Seluruh ahli keluarganya ada pada ketika itu. Ahli-ahli CyberlinQ SK Ganun telah menyempurnakan tugasan mereka dengan memasang peranti-peranti seperti keyboard, mouse serta pembesar suara.

Anak lelaki En. Kannan yang sulung telah melahirkan rasa gembira kerana dia juga mendapat manfaat daripada projek ini. Dengan adanya set komputer ini dapatlah dia menyempurnakan tugasan sekolah seperti menyiapkan folio.

Rabu, 17 Oktober 2007

MAXIS sedia aplikasi GPRS

Oleh Afiq Hanif

Maxis Communications Berhad (Maxis) mengukuhkan kepelbagaian aplikasinya untuk pengguna melalui laman webnya yang boleh dilayari menerusi Perkhidmatan Radio Paket AM (GPRS) atau Generasi Ketiga (3G).

Pengukuhan itu disokong kerjasama 18 penyedia perkhidmatan kandungan pihak ketiga (ECP) bagi memberi peluang kepada lebih 1.8 juta pengguna taliannya menikmati akses kepada perkhidmatan data mudah alih dalam telefon bimbit mereka.

18 penyedia yang dilantik mampu meberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna melalui kepakaran masing-masing yang dilihat menambah keseronokan dalam industri telekomunikasi.

Ketua Produk dan Perniagaan Baru Maxis, Nikolai Dobberstein, berkata antara penyedia yang menjadi rakan strategik Maxis termasuk Ahead Mobile, Arthatek Resources, Dapat Vista, Didadee, Dubaitech Marketing, Ecentury, FunMobile, Gen-X Technology, KotaEmas Edaran , Macro Kiosk, Zed Mobile Malaysia.

Matrix Internet Wireless, MNC Wireless, YO Mobile, Nexnation Network, Mobile Touchetek.iSentric dan N Visio.
Menurutnya, rekod dan prestasi semasa yang cemerlang menjadi kriteria utama pemilihan 18 penyedia yang dilihat mampu memberikan perkhidmatan baik kepada pelanggan Maxis.