Rabu, 26 September 2007

Mahir ICT Negara Maju

Oleh Husain Jahit myMetro

SIAPAKAH yang untung jika negara kita maju dan setanding dengan negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun atau negara Eropah?

Sudah tentu masyarakat kita sendiri yang untung dengan pelbagai peluang pekerjaan, prasarana kehidupan, perniagaan yang cemerlang, persekitaran kehidupan yang damai dan sebagainya.

Namun, untuk berdiri sama tinggi dengan negara maju atau hidup mewah bukanlah sesuatu yang mudah dicapai, sedangkan usaha keras perlu dilakukan demi menjamin masa depan yang gemilang itu.

Mungkin bukan untuk kita, tapi untuk generasi akan datang.

Kemajuan Amerika syarikat dan Jepun bukan sekadar berpunca daripada sumber asli negara itu saja, malah ia banyak dibantu kemajuan sains, teknologi, maklumat dan komunikasi.

Justeru, untuk berjalan seiring dengan mereka sambil mengecapi nikmat sebagai sebuah negara maju, pelbagai usaha perlu digiatkan bagi memastikan hasrat itu tercapai.

Mantan perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mewartakan puncak gemilang negara untuk mencapai status negara maju ialah menjelang 2020 menerusi Wawasan 2020.

Selain menarik lebih banyak pelaburan luar untuk merancakkan lagi pelbagai jenis industri di negara ini, kerajaan juga terus menggalakkan industri tempatan termasuk pertanian, pembuatan, sumber asli dan banyak lagi.

Dalam kerancakan itu, tidak dilupakan segmen teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalan antara pemangkin jika ingin melihat negara ini terus maju bersama masyarakatnya yang hidup aman dan tenteram.

Pelbagai inisiatif ICT sudah dan akan diambil ke arah itu dan baru-baru ini juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa seluruh rakyat negari ini menguasai ICT jika tidak mahu berlaku fenomena kemiskinan digital.

Sejak itu juga, negara dilanda gelombang ICT dari setiap sudut dan kerajaan memastikan semua orang dapat merasai manfaatnya tidak mengira usia dan di mana mereka berada.

Namun begitu, fenomena kemiskinan digital atau jurang digital sebagaimana diperkatakan Perdana Menteri masih berlaku.

Jurang digital merujuk kepada perbezaan di antara masyarakat yang celik atai pandai ICT dengan mereka yang dikatakan buta atau tidak mengenali dan tidak pernah menggunakan langsung ICT dalam kehidupan.

Malahan ada juga antara mereka ini yang tidak pernah merasakan manfaat daripada ICT.

Isnin, 24 September 2007

Pertemuan ahli CyberlinQ ke-2 dengan keluarga En. Kamaruddin – 16 Sept ’07 , 11.30 pagi

Pada hari yang sama, ahli-ahli MAXIS CyberlinQ SK Ganun telah mengunjungi ke rumah En. Kamaruddin bin Lajis di alamat GD 602 , Jalan Pisang Mas Jaya 11, Taman Pisang Mas , Alor Gajah , MELAKA. Akan tetapi kami tidak dapat bertemu dengan beliau pada hari berkenaan kerana urusan kerja hujung minggu. Beliau bekerja sebagai seorang Penghantar Barang dengan pendapatan sekitar bawah RM 1, 000.00 sebulan. Isteri beliau pula, Pn. Rossaila binti Md Said , seorang suri rumahtangga sepenuh masa.

Kehidupan seharian keluarga ini sedikit sebanyak ditampung oleh dua anak ahli keluarga ini yang sudah bekerja.

Tiga orang anak yang masih bersekolah ialah :

1. Mohammad Norhafiz b. Kamaruddin, Tingkatan Tiga
2. Nurul Nazatul Nazua bt. Kamaruddin, Tahun Empat
3. Mohammad Norhaziq b. Kamaruddin, PraSekolah

Di samping terdapat seorang lagi adik mereka yang bongsu yang masih belum bersekolah.

Nurul Nazatul Nazua dan Mohammad Norhazid belajar di Sekolah Kebangsaan Ganun. Nurul adalah seorang murid yang baik serta agak cemerlang dalam bidang akademik. Nurul juga seorang yang mahir menggunakan komputer serta mempunyai kemahiran mengakses internet. Namun begitu adiknya, Norhazid agak lemah dan memerlukan bimbingan.

Berdasarkan latar belakang keluarga ini, ahli CyberlinQ SK Ganun telah memutuskan untuk menghadiahkan set komputer kedua kepada keluarga ini. Tumpuan kami adalah membantu Norhazid dengan pertolongan kakaknya Nazatul serta ahli CyberlinQ untuk mempersiapkan dirinya melangkah ke alam persekolahan tahun 2008 nanti.

Pertemuan ahli CyberlinQ dengan keluarga En. Kannan – 16 Sept ’07 , 11.00 pagi

Ahli-ahli MAXIS CyberlinQ SK Ganun telah mengunjungi ke rumah En. Kannan a/l Karimboo di alamat PD 24 , Jalan 6, Taman Bukit Nangka , Alor Gajah , MELAKA. Beliau bekerja sebagai seorang pemandu lori dengan pendapatan sekitar RM 1, 000.00 sebulan. Isteri beliau pula , Pn. Batmanvathi a/p Raman bekerja sebagai seorang penoreh getah. Walaupun pendapatan Pn. Batmanvathi tidak menentu dan seberapa namun cukup untuk menampung kehidupan keluarga ini seharian.

Anak-anak pasangan ini ialah :

1. Puspalinggam a/l Kannan
2. Logeswari a/p Kannan
3. Nahvin a/l Kannan

Anak pertama keluarga ini , Puspalinggam berumur 14 tahun dan sedang bersekolah dalam tingkatan dua di sebuah sekolah di Pekan Alor Gajah , Sekolah Menengah Haji Talib Karim.

Manakala anak kedua , Logeswari a/p Kannan berumur 12 tahun dan bersekolah dalam Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Ganun. Logeswari adalah seorang pelajar yang sederhana pencapaian akademiknya. Namun begitu Logeswari adalah seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum terutamanya sukan olahraga. Pada tahun ini 2007 , Logeswari telah mewakili Daerah Alor Gajah dalam Kejohanan Olahraga MSSN Melaka dalam acara lompat tinggi perempuan kategori bawah 12 tahun dan berjaya membawa pulang pingat gangsa.

Anak ketiga keluarga ini ialah Nahvin a/l Kannan. Nahvin berumur 8 tahun. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ganun dalam Tahun 2. Pencapaian akademik Nahvin agak lemah. Oleh itu Nahvin terpaksa mengikuti Program Pemulihan untuk membantu kemahiran asas iaitu membaca , menulis dan mengira.

Berdasarkan latar belakang dan sosio-ekonomi keluarga ini, maka ahli-ahli CyberlinQ SK Ganun telah memilih keluarga ini untuk menerima set komputer multimedia terpakai. Tumpuan utama akan diberikan kepada Nahvin agar ia dapat memperbaiki pencapaian akademiknya dengan bantuan komputer yang bakal diterima.

Ahad, 23 September 2007

Struktur Pelaksanaan Projek

23 Julai 2007
- Tarikh akhir penghantaran cadangan projek

31 Ogos 2007
- Pengumuman cadangan projek yang terpilih

12 Sept 2007
- Pelaksanaan projek bermula
- latihan praktikal komponen komputer
- menanggalkan komponen komputer daripada komputer yang tidak digunakan lagi
- mengenalpasti komponen komputer yang bolehdiguna semula
- mengasingkan bahan logam dan plastik dari komputer terbuang untuk dijual ke tempat kitar semula bagi menampung perbelanjaan projek

16 Sept 2007
- Mengadakan pertemuan dengan keluarga yang dikenalpasti bakal menerima set komputer multimedia

22 Sept 2007
- Menjalankan kerja-kerja mengecat monitor dan casing pemprosesan pusat

24 Sept 2007
- Menjalankan kerja-kerja menginstallasi sistem operasi dan software pembelajaran yang telah dikenalpasti bersesuaian dengan pelajar yang bakal menggunakannya

26 Sept – 17 Oktober 2007
- Mengadakan sesi latihan penggunaan bahan-bahan pembelajaran yang terdapat dalam komputer kepada pelajar yang bakal menggunakannya

21 Oktober 2007
- Penyerahan set komputer secara rasmi oleh Guru Besar kepada keluarga penerima.

24 Oktober 2007
- Pengemaskinian blog untuk penilaian

26 Oktober 2007
- Tarikh akhir pelaksanaan projek

Dari masa ke semasa ahli-ahli CyberlinQ akan melawat ke rumah pelajar untuk memantau penggunaan set komputer agar projek ini benar-benar bermanfaat kepada keluarga ini.

Sabtu, 22 September 2007

Tidak ada kesedaran punca lambakan komputer lama


Petikan dari myMetro oleh Afiq Hanif

Memang menjadi sifat manusia, sentiasa inginkan barang baru untuk dilengkapkan tidak ketinggalan produk berasaskan komputer apalagi ia berubah mengikut perkembangan semasa dan gaya dunia.

Apabila bercakap mengenai komputer, tidak ramai individu yang menghiraukan komponennya termasuk monitor dan unit pemprosesan pusat (CPU) apabila ia menjangkau usia tertentu menyebabkannya terus dibuang jika diganti dengan produk baru.

Sebaik memiliki model baru, pengguna hanya mencampakkan komputer lama ke dalam tong sampah depan rumah atau mengumpulkannya dalam ruang simpanan barang tanpa memikirkan berpuluh-puluh komponen yang boleh dikitar semula.

Kebanyakan rakyat Malaysia menukar komputer tiga hingga lima tahun. Jika terdapat satu komputer dalam satu keluarga seramai lima orang, jumlahnya ialah 5.4 juta!

Bayangkan jumlah itu dilonggokkan begitu saja di tempat pembuangan sampah? Ia pasti merugikan apatah lagi masih terdapat komponen yang boleh dikeluarkan untuk digunakan sebaik mungkin.

Tambahan pula, pencemaran alam sekitar pasti berlaku kerana terdapat bahan toksik terkandung dalam komputer boleh meresap ke tanah mengganggu punca air yang diminum setiap hari jika tidak dikawal.

Pengarah Urusan Apex Computer Services Sdn Bhd, Hafiz Hashemi Johaini menyatakan,
“Produk komputer tidak seharusnya dibuang begitu saja, ia mampu diguna pakai untuk kegunaan orang yang memerlukan seperti golongan yang berpendapatan rendah.”

Menurutnya, golongan seperti pelajar institusi pengajian tinggi(IPT) dan ibu bapa yang kurang mampu membelikan PC untuk anak mereka boleh manfaat hasil daripada barangan yang dianggap tidak berguna itu.

Adakah kita mahu planet dan bumi Malaysia tercemar hanya kerana sikap tidak mengambil berat dan tidak kisah terus menjadi musuh yang menyebabkan kehancuran diri kita sendiri?