Isnin, 24 September 2007

Pertemuan ahli CyberlinQ ke-2 dengan keluarga En. Kamaruddin – 16 Sept ’07 , 11.30 pagi

Pada hari yang sama, ahli-ahli MAXIS CyberlinQ SK Ganun telah mengunjungi ke rumah En. Kamaruddin bin Lajis di alamat GD 602 , Jalan Pisang Mas Jaya 11, Taman Pisang Mas , Alor Gajah , MELAKA. Akan tetapi kami tidak dapat bertemu dengan beliau pada hari berkenaan kerana urusan kerja hujung minggu. Beliau bekerja sebagai seorang Penghantar Barang dengan pendapatan sekitar bawah RM 1, 000.00 sebulan. Isteri beliau pula, Pn. Rossaila binti Md Said , seorang suri rumahtangga sepenuh masa.

Kehidupan seharian keluarga ini sedikit sebanyak ditampung oleh dua anak ahli keluarga ini yang sudah bekerja.

Tiga orang anak yang masih bersekolah ialah :

1. Mohammad Norhafiz b. Kamaruddin, Tingkatan Tiga
2. Nurul Nazatul Nazua bt. Kamaruddin, Tahun Empat
3. Mohammad Norhaziq b. Kamaruddin, PraSekolah

Di samping terdapat seorang lagi adik mereka yang bongsu yang masih belum bersekolah.

Nurul Nazatul Nazua dan Mohammad Norhazid belajar di Sekolah Kebangsaan Ganun. Nurul adalah seorang murid yang baik serta agak cemerlang dalam bidang akademik. Nurul juga seorang yang mahir menggunakan komputer serta mempunyai kemahiran mengakses internet. Namun begitu adiknya, Norhazid agak lemah dan memerlukan bimbingan.

Berdasarkan latar belakang keluarga ini, ahli CyberlinQ SK Ganun telah memutuskan untuk menghadiahkan set komputer kedua kepada keluarga ini. Tumpuan kami adalah membantu Norhazid dengan pertolongan kakaknya Nazatul serta ahli CyberlinQ untuk mempersiapkan dirinya melangkah ke alam persekolahan tahun 2008 nanti.

Tiada ulasan: