Memaparkan catatan dengan label Kertas kerja Projek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kertas kerja Projek. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Julai 2007

"Apa yang anda boleh lakukan untuk negara?, SK Ganun mulakan dengan komunitinya sendiri."


Nama Projek :

" Satu Rumah , Satu Komputer "

Pengenalan Projek :

Dalam usaha kerajaan menitikberatkan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi , pihak kerajaan telah membuat seruan agar setiap rumah di negara ini mempunyai satu komputer.

Bagi memastikan kejayaan kempen kerajaan " Satu rumah , satu komputer " pelbagai usaha telah dijalankan agar rakyat Malaysia tidak ketinggalan dengan arus perdana ICT negara. Ini termasuklah usaha-usaha pelbagai pihak agar golongan berpendapatan rendah mampu memiliki sebuah komputer di rumah masing-masing.

Justeru itu , pasukan CyberlinQ SK Ganun mengambil kesempatan yang telah ditawarkan oleh pihak Maxis Bridging Communities untuk membantu golongan ini.

Berdasarkan peruntukan dana yang diberikan , pasukan ini akan menyediakan 2 buah komputer multimedia untuk disumbangkan kepada 2 keluarga yang telah dikenalpasti kurang berkemampuan.

2 buah komputer tersebut adalah komputer desktop Intel Pentium III terpakai yang akan dinaiktarafkan oleh ahli-ahli pasukan CyberlinQ SK Ganun supaya komputer tersebut dapat berfungsi sebagai sebuah komputer multimedia.

Projek ini bukan setakat pemberian set komputer sahaja. Ahli-ahli pasukan akan membantu rakan mereka dalam keluarga ini secara berkala dalam penggunaan komputer yang diberikan. Mereka akan dilatih serta diberikan tunjuk ajar penggunaan perisian-perisian pembelajaran bagi memaksimakan kemampuan mereka mengembangkan kemahiran ICT serta pembelajaran.

Objektif Projek :

Dengan terlaksananya projek ini nanti , ahli-ahli Maxis CyberlinQ'07 - SK Ganun dapat :
  • Membantu negara merealisasikan kempen " Satu rumah , satu komputer "

  • Membantu rakan mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki sebuah komputer multimedia di rumah mereka.

  • Berganding bahu bersama-sama rakan agar mahir serta menguasai aplikasi-aplikasi pembelajaran.

  • Memahirkan diri dengan perkakasan atau hardware sesebuah komputer

Anggaran Perbelanjaan Projek :

  1. 2 unit Kingston SDRAM PC 133 512MB......................RM340.00

  2. 2 unit 10GB 5400 HDD...............................................RM240.00

  3. 2 unit 15" monitor-CRT terpakai..............................RM300.00

  4. 2 unit PS2 white keyboard........................................RM 30.00

  5. 2 unit PS2 scrollwhite mouse....................................RM 20.00

  6. 2 unit speaker 360 watt............................................RM 40.00

  7. 2 unit stand microphone............................................RM 30.00

  8. Bahan-bahan menyembur cat...................................RM 40.00

JUMLAH PERBELANJAAN...................................RM 1040.00


Sumber Kewangan Projek :

  1. Dana dari MAXIS BRIDGING COMMUNITIES........RM 1000.00

  2. Jualan bahan logam komputer terbuang..............RM 40.00