Isnin, 24 September 2007

Pertemuan ahli CyberlinQ dengan keluarga En. Kannan – 16 Sept ’07 , 11.00 pagi

Ahli-ahli MAXIS CyberlinQ SK Ganun telah mengunjungi ke rumah En. Kannan a/l Karimboo di alamat PD 24 , Jalan 6, Taman Bukit Nangka , Alor Gajah , MELAKA. Beliau bekerja sebagai seorang pemandu lori dengan pendapatan sekitar RM 1, 000.00 sebulan. Isteri beliau pula , Pn. Batmanvathi a/p Raman bekerja sebagai seorang penoreh getah. Walaupun pendapatan Pn. Batmanvathi tidak menentu dan seberapa namun cukup untuk menampung kehidupan keluarga ini seharian.

Anak-anak pasangan ini ialah :

1. Puspalinggam a/l Kannan
2. Logeswari a/p Kannan
3. Nahvin a/l Kannan

Anak pertama keluarga ini , Puspalinggam berumur 14 tahun dan sedang bersekolah dalam tingkatan dua di sebuah sekolah di Pekan Alor Gajah , Sekolah Menengah Haji Talib Karim.

Manakala anak kedua , Logeswari a/p Kannan berumur 12 tahun dan bersekolah dalam Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Ganun. Logeswari adalah seorang pelajar yang sederhana pencapaian akademiknya. Namun begitu Logeswari adalah seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum terutamanya sukan olahraga. Pada tahun ini 2007 , Logeswari telah mewakili Daerah Alor Gajah dalam Kejohanan Olahraga MSSN Melaka dalam acara lompat tinggi perempuan kategori bawah 12 tahun dan berjaya membawa pulang pingat gangsa.

Anak ketiga keluarga ini ialah Nahvin a/l Kannan. Nahvin berumur 8 tahun. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ganun dalam Tahun 2. Pencapaian akademik Nahvin agak lemah. Oleh itu Nahvin terpaksa mengikuti Program Pemulihan untuk membantu kemahiran asas iaitu membaca , menulis dan mengira.

Berdasarkan latar belakang dan sosio-ekonomi keluarga ini, maka ahli-ahli CyberlinQ SK Ganun telah memilih keluarga ini untuk menerima set komputer multimedia terpakai. Tumpuan utama akan diberikan kepada Nahvin agar ia dapat memperbaiki pencapaian akademiknya dengan bantuan komputer yang bakal diterima.

5 ulasan:

Unknown berkata...

Team SK Ganun,

Tahniah di atas projek yang dijalankan. Satu cadangan saya ialah supaya Team SK Ganun melibatkan lebih ramai pelajar dalam melaksanakan tugasan projek. Selamat berusaha dan semoga berjaya.

Unknown berkata...

Team SK Ganun,

Tahniah di atas projek yang dijalankan. Satu cadangan saya ialah supaya Team SK Ganun melibatkan lebih ramai pelajar dalam melaksanakan tugasan projek. Selamat berusaha dan semoga berjaya.

CyberlinQSKGanun berkata...

Terima kasih mentor yang dikasihi,

Camna nak libatkan ramai pelajar? Syarat penyertaan cuma 7 orang aje. Lagipun dalan bulan-bulan posa nie ramai yang KO. Payah nak berikan komitmen yang sepenuhnya. Guru Penyelaras Projek tahu-tahu ajele asyik nak naik angin aje. Pagi mengajar, petang ngan CyberlinQ, nak kena pikio macam2. Anyway timo kasih bebanyok. Cadangan dan komen Cik Norliza kami alu-alukan. Nak tanya, buka nie tapau aje ke?

Unknown berkata...

Team SK Ganun,

Syarat penyertaan 7 org hanya untuk pasukan urusetia sahaja, penyertaan yg saya maksudkan boleh dibuat dalam bentuk kerjasama pelajar-pelajar lain dalam aktiviti yg dijalankan. Teruskan usaha yang gemilang ini. Semoga berjaya.

By the way, puasa ni saya masak tau, siapa buat rendang lagi...

CyberlinQSKGanun berkata...

Ye ke, tak terpikio lak den. Maaf ye poso2 nie prosecor jalan tak lancar. Camno pun cukuplah yang dah ado. Gamai2 kang macam2 hal. Takut gak ngan kes Nurin tu. Nie pun 6 peserta terpakso cikgu hantar dopen ghumah masing2 tuk mempastikan anak2 buah balik ngan selamat.

Timo kaseh sekali lagi. Nak tanya gak pandai buek rendang tok neg Perak tak. Kat sini asyik rendang lomak cili api. Tak tahan podes bobonar.

Oh ya, Selamat Aidil Fitri kepada Cik Norliza serta Urusetia CyberlinQ yang terurus dan setia. Maaf zahir batin dari kami Cyberkids SK Ganun MELAKA.