Rabu, 31 Oktober 2007
Selasa, 30 Oktober 2007
Rabu, 24 Oktober 2007
Selasa, 23 Oktober 2007
Ahad, 21 Oktober 2007
Majlis Penyampaian Komputer kepada Keluarga En. Kamarudin bin Lajis - 21 OKT. Jam 10.30 pagi

Selepas majlis penyampaian set komputer di rumah En. Kannan, ahli-ahli CyberlinQ SK Ganun meneruskan program di rumah En. Kamarudin iaitu keluarga kepada Adik Mohd Norhaziq dan Nurul Nazatul Nazua.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar Sk Ganun, Pn. Halipah binti Abu. Walaupun cuaca di luar hujan renyai-renyai, ini tidak menghalang ahli-ahli CyberlinQ SK Ganun untuk meneruskan tugasan mereka.
Mereka sama-sama memasang set komputer berkenaan. Seluruh ahli keluarga ini amat bersyukur kepada CyberlinQ SK Ganun telah memilih keluarga untuk projek kemasyarakatan.
Ahli-ahli CyberlinQ SK Ganun menyatakan mereka patut berterima kasih kepada MAXIS Bdriging Communities yang telah menaja projek ini.
Kesempatan juga telah diambil untuk berhariraya di rumah keluarga ini. Kami semua bersurai kira-kira jam 10.15 pagi setelah memastikan peralatan komputer yang disumbangkan berjalan lancar.
Majlis Penyampaian Komputer kepada Keluarga En. Kannan a/l Karimboo - 21 OKT. Jam 10.00 pagi

Majlis penyampaian set komputer multimedia kepada keluarga En Kannan telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Ganun, Puan Halipah binti Abu.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Ganun, Puan Hjh Kasimah binti Hj Musa.
Majlis telah berlangsung di rumah En. Kannan. Seluruh ahli keluarganya ada pada ketika itu. Ahli-ahli CyberlinQ SK Ganun telah menyempurnakan tugasan mereka dengan memasang peranti-peranti seperti keyboard, mouse serta pembesar suara.
Anak lelaki En. Kannan yang sulung telah melahirkan rasa gembira kerana dia juga mendapat manfaat daripada projek ini. Dengan adanya set komputer ini dapatlah dia menyempurnakan tugasan sekolah seperti menyiapkan folio.
Rabu, 17 Oktober 2007
MAXIS sedia aplikasi GPRS

Oleh Afiq Hanif
Maxis Communications Berhad (Maxis) mengukuhkan kepelbagaian aplikasinya untuk pengguna melalui laman webnya yang boleh dilayari menerusi Perkhidmatan Radio Paket AM (GPRS) atau Generasi Ketiga (3G).
Pengukuhan itu disokong kerjasama 18 penyedia perkhidmatan kandungan pihak ketiga (ECP) bagi memberi peluang kepada lebih 1.8 juta pengguna taliannya menikmati akses kepada perkhidmatan data mudah alih dalam telefon bimbit mereka.
18 penyedia yang dilantik mampu meberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna melalui kepakaran masing-masing yang dilihat menambah keseronokan dalam industri telekomunikasi.
Ketua Produk dan Perniagaan Baru Maxis, Nikolai Dobberstein, berkata antara penyedia yang menjadi rakan strategik Maxis termasuk Ahead Mobile, Arthatek Resources, Dapat Vista, Didadee, Dubaitech Marketing, Ecentury, FunMobile, Gen-X Technology, KotaEmas Edaran , Macro Kiosk, Zed Mobile Malaysia.
Matrix Internet Wireless, MNC Wireless, YO Mobile, Nexnation Network, Mobile Touchetek.iSentric dan N Visio.
Menurutnya, rekod dan prestasi semasa yang cemerlang menjadi kriteria utama pemilihan 18 penyedia yang dilihat mampu memberikan perkhidmatan baik kepada pelanggan Maxis.
Isnin, 15 Oktober 2007
Sesi latihan penggunaan perisian pembelajaran kepada penerima sumbangan komputer - 8 hingga 10 Okt. , Jam 2.00 - 4.00 petang

Kedua-dua penerima terutama Mohd Nurhaziq begitu bersemangat untuk menjalani sesi berkenaan. Dia begitu berminat sehingga sanggup menunggu kerana kelas tadikanya tamat jam 11.00 pagi sedangkan kakak serta ahli CyberlinQ yang lain tamat persekolahan jam 1.35 petang.
Namun begitu, bagi mengisi masa berkenaan, dia telah dilatih oleh Penyelaras Projek dengan perisian mudah seperti MS Paint.
Sesi latihan ini juga dibantu oleh kakak mereka masing-masing. Mohd Norhazid ditemani oleh kakaknya Nurul Nazatul Nazua manakala Nahvin pula dibantu oleh kakaknya, Logeswari.
Tamat sesi berkenaan, mereka telah dihantar terus ke rumah masing-masing bagi menjamin keselamatan mereka pulah ke rumah masing-masing.
Jumaat, 12 Oktober 2007
Instalasi perisian pembelajaran untuk Mohd Norhazid b. Kamaruddin - 7 Oktober , Jam 10.00 pagi

Konsep Nombor
Tema utama yang digunakan dalam perisian ini adalah berkonsepkan haiwan peliharaan manusia dan kenderaan yang digunakan. Manakala pendekatan yang digunakan di dalam perisian ini berkonsepkan tutorial di mana pelajar dibimbing secara berperingkat dalam mengenal objek, bilangan dan akhirnya perkataan untuk dieja dan disebut. Pemahaman terhadap konsep nombor 1-10 dilaksanakan berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Pemahaman murid akan diuji melalui latihan dan ujian.
Kenderaan Udara
Perisian kursus pendidikan ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengetahui jenis, fungsi dan sejarah kenderaan udara, dan ianya dipersembahkan mengikut minat dan perkembangan kanak-kanak meliputi aktiviti interaktif, aktiviti pengukuhan dan permainan rekreasi minda.
Kenderaan Darat
Perisian ini memfokuskan tema Kenderaan Darat yang berkisar tentang sejarah dan jenis kenderaan. Ia juga merangkumi kesemua komponen-komponen pembelajaran prasekolah. Penekanan diberikan kepada komponen bahasa, perkembangan kognitif, perkembangan kreativiti dan estetika serta kerohanian dan moral

Installasi perisian pembelajaran untuk Nahvin a/l Kannan - 7 Oktober , Jam 10.00 pagi

Promill – Program Modul Intensif Latihan Lanjut
Disusun berdasarkan kemahiran-kemahiran dalam Pendidikan Pemulihan. Perisian ini mencakupi kemahiran abjad, suku kata terbuka dan tertutup, perkataan dan ayat mudah. Gaya latihannya berkonsepkan ansur maju dari yang mudah kepada yang sukar. Latihan-latihan yang dibina meliputi aktiviti yang dipelbagaikan mengikut kesesuaian dan tahap penguasaan pelajar. Program ini juga dapat membantu murid mengesan kelemahan dari peringkat awal berdasarkan tahap pencapaian mereka.
Perisian MyCD
Perisian berasaskan CD-ROM ini meliputi matapelajaran :
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Mathematic
4. Science
MyCD merupakan bahan sokongan kepada buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua murid sekolah.
Selain dapat membantu pelajar mengulangkaji pelajaran, aktiviti yang tersedia merupakan latihan pengukuhan. Oleh itu pelajar dapat mengikuti topik-topik yang telah diajar oleh guru di sekolah dengan mendapatkan penjelasan lanjut apabila berada di rumah.
Isi kandungan MyCD meliputi ;
1. Panduan Pelajar
2. Aktiviti Interaktif
3. Galeri Multimedia
4. e-Kamus
5. e-Ujian
6. e-Journal
7. Pautan Web
Dengan itu MyCd dapat memudahkan murid menjalan pembelajaran berdasar buku teks dengan aktiviti yang menarik seperti lagu, audio/video, puisi dan animasi.

Rabu, 10 Oktober 2007
Teknologi Fiber Pacu Negara

Oleh Afiq Hanif
Capaian jalur lebar di Malaysia yang semakin meningkat dengan teknologi fiber dijangka memacu negara untuk mendapat akses multimedia lebih pantas sama ada di rumah atau tempat kerja.
Kebaikan utama teknologi fiber termasuk membenarkan internet diakses dengan kelajuan optikal manakala kos operasinya lebih murah selain capaian terbaik dan selamat.
Timbalan Pengarah Penyelesaian Strategik dan Perkhidmatan Maklumat, Allied Telesis Asia Pasifik, Kelvin Chua, berkata fiber adalah teknologi masa depan yang mempunyai jangka hayat sehingga 100 tahun selain kapasiti tanpa had.
“Lanskap jalur lebar berubah pantas selari peningkatan aplikasi ‘bandwidth’ tinggi seperti rakaman video secara langsung. Karaoke ‘online’, ‘webcast’, permainan online dan ‘podcast’.”
“Permintaan seperti ini meningkatkan permintaan bandwidth lebih tinggi kerana pengguna mahu fail multimedia lebih berkualiti dan muat turun pantas,” katanya.
Menurut Chua, kebanyakan pengguna mula mencari teknologi baru yang mampu menggantikan penggunaan tembaga sedia ada kerana ia mempunyai kapasiti terhad untuk membawa aplikasi bandwidth tinggi.
“Di Malaysia, potensi teknologi fiber untuk berkembang sangat baik dengan peningkatan celik jalur lebar sekitar 3.7 peratus daripada 100 penduduk, pasarannya (fiber) pasti hebat,” kata Chua.
Teknologi fiber membolehkan penggunaan aplikasi perkhidmatan video kualiti tinggi seperti televisyen definisi tinggi dan telefoni video menjadi pantas.
“Bayangkan teknologi fiber membolehkan muat turun filem berkualiti dengan fail sebesar 30 gigabait mampu dilakukan dalam masa 40 minit berbanding lapan jam sebelum ini menggunakan teknologi diperbuat daripada tembaga,” katanya.

Ahad, 7 Oktober 2007
Aktiviti menaiktaraf komputer desktop - Rabu 26 Sept. Jam 3.00 petang

Kerja-kerja menaiktaraf komputer yang dirancangkan telah dapat dilakukan dengan jayanya. Dengan bantuan Guru Penyelaras, ahli-ahli CyberlinQ telah melaksanakan tugasan mereka dengan begitu baik sekali. Muhammad Fakhrur Ikram selaku ketua pasukan dengan dibantu Law Poh Liyn telah memasang cakera keras 20 gigabyte pada desktop tersebut. Manakala Law Poh Liyn dengan bantuan Mohd Zulqarnain telah memasang RAM 512MB ke slot memory komputer berkenaan. Ahli-ahli lain iaitu Najihah serta peserta termuda Maizatul Anis membantu dalam kerja-kerja menampal pelekat serta kerja-kerja terakhir. Pencapaian kerja ahli-ahli CyberlinQ pada hari amat memuaskan serta dapat menambah ilmu mereka dalam perkakasan komputer.
Kerja-kerja menginstall perisian pengajaran dan pembelajaran terpaksa ditunda pada AHAD 7 Oktober kerana 1 - 5 Oktober ahli-ahli CyberlinQ akan menghadapi Ujian Akhir Tahun. Bukan senang nak kumpulkan mereka ini. Hari ini walaupun belum selesai sepenuhnya, buka puasa dan nak dekat. Kita balik dulu!!!!
Rabu, 3 Oktober 2007
Pemantauan Ibu Bapa Elak Anak Terpesong

Oleh Afiq Hanif
Ramai menyedari tidak semua maklumat terkandung dalam internet sesuai untuk anak berikutan kemampuan minda mereka mengikut atau meniru apa saja yang terhidang di depan mata.
Kandungan dalam laman web boleh dicapai dengan mudah ditambah kehidupan pada zaman teknologi serba canggih memungkinkan anak terutama remaja mengakses apa saja melalui komputer peribadi atau komputer riba.
Ada kanak-kanak menyalah guna internet untuk mencari hiburan. Justeru, peranan ibu bapa penting bagi memantau maklumat yang disalurkan.
Adakah kita perlu mengharamkan internet kepada anak agar mereka tidak dipengaruhi unsur negatif atau menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat tertentu?
Jawapannya pasti tidak. Anak perlu didedahkan dengan dunia teknologi maklumat bagi meningkatkan pengetahuan selain tidak ketinggalan dalam mengejar ilmu.
Apa yang pasti, internet dan maklumat tidak patut dipersalahkan dalam hal ini. Mereka yang patut disalahkan ialah penyumbang maklumat dan pereka laman tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Kesukaran mengawal kandungan internet memang jelas. Sebagi contoh, syarikat penyiaran BBC dalam satu artikelnya pada September 2002 melaporkan 30,000 pekerja hak asasi manusia digunakan kerajaan China untuk memerhatikan laman web, bilik sembang di internet dan e-mel bagi menapis kandungannya.
Bayangkan betapa susahnya mengawal internet. Ibu bapa yang menjadi pembimbing memainkan peranan mengawal kelakuan anak bukan menghalang mereka.

Langgan:
Catatan (Atom)