Isnin, 15 Oktober 2007

Sesi latihan penggunaan perisian pembelajaran kepada penerima sumbangan komputer - 8 hingga 10 Okt. , Jam 2.00 - 4.00 petang

Sesi latihan telah dijalankan kepada kedua-dua penerima komputer berkenaan. Sesi latihan dijalankan selepas waktu persekolahan kerana lebih mudah untuk mengumpulkan mereka bersama ahli-ahli CyberlinQ SK Ganun.

Kedua-dua penerima terutama Mohd Nurhaziq begitu bersemangat untuk menjalani sesi berkenaan. Dia begitu berminat sehingga sanggup menunggu kerana kelas tadikanya tamat jam 11.00 pagi sedangkan kakak serta ahli CyberlinQ yang lain tamat persekolahan jam 1.35 petang.

Namun begitu, bagi mengisi masa berkenaan, dia telah dilatih oleh Penyelaras Projek dengan perisian mudah seperti MS Paint.

Sesi latihan ini juga dibantu oleh kakak mereka masing-masing. Mohd Norhazid ditemani oleh kakaknya Nurul Nazatul Nazua manakala Nahvin pula dibantu oleh kakaknya, Logeswari.

Tamat sesi berkenaan, mereka telah dihantar terus ke rumah masing-masing bagi menjamin keselamatan mereka pulah ke rumah masing-masing.

Tiada ulasan: