Ahad, 7 Oktober 2007

Aktiviti menaiktaraf komputer desktop - Rabu 26 Sept. Jam 3.00 petang

Kerja-kerja menaiktaraf komputer yang dirancangkan telah dapat dilakukan dengan jayanya. Dengan bantuan Guru Penyelaras, ahli-ahli CyberlinQ telah melaksanakan tugasan mereka dengan begitu baik sekali. Muhammad Fakhrur Ikram selaku ketua pasukan dengan dibantu Law Poh Liyn telah memasang cakera keras 20 gigabyte pada desktop tersebut. Manakala Law Poh Liyn dengan bantuan Mohd Zulqarnain telah memasang RAM 512MB ke slot memory komputer berkenaan. Ahli-ahli lain iaitu Najihah serta peserta termuda Maizatul Anis membantu dalam kerja-kerja menampal pelekat serta kerja-kerja terakhir. Pencapaian kerja ahli-ahli CyberlinQ pada hari amat memuaskan serta dapat menambah ilmu mereka dalam perkakasan komputer.
Kerja-kerja menginstall perisian pengajaran dan pembelajaran terpaksa ditunda pada AHAD 7 Oktober kerana 1 - 5 Oktober ahli-ahli CyberlinQ akan menghadapi Ujian Akhir Tahun. Bukan senang nak kumpulkan mereka ini. Hari ini walaupun belum selesai sepenuhnya, buka puasa dan nak dekat. Kita balik dulu!!!!

Tiada ulasan: