Jumaat, 12 Oktober 2007

Installasi perisian pembelajaran untuk Nahvin a/l Kannan - 7 Oktober , Jam 10.00 pagi

Promill – Program Modul Intensif Latihan Lanjut

Disusun berdasarkan kemahiran-kemahiran dalam Pendidikan Pemulihan. Perisian ini mencakupi kemahiran abjad, suku kata terbuka dan tertutup, perkataan dan ayat mudah. Gaya latihannya berkonsepkan ansur maju dari yang mudah kepada yang sukar. Latihan-latihan yang dibina meliputi aktiviti yang dipelbagaikan mengikut kesesuaian dan tahap penguasaan pelajar. Program ini juga dapat membantu murid mengesan kelemahan dari peringkat awal berdasarkan tahap pencapaian mereka.

Perisian MyCD

Perisian berasaskan CD-ROM ini meliputi matapelajaran :

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Mathematic
4. Science

MyCD merupakan bahan sokongan kepada buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua murid sekolah.

Selain dapat membantu pelajar mengulangkaji pelajaran, aktiviti yang tersedia merupakan latihan pengukuhan. Oleh itu pelajar dapat mengikuti topik-topik yang telah diajar oleh guru di sekolah dengan mendapatkan penjelasan lanjut apabila berada di rumah.

Isi kandungan MyCD meliputi ;

1. Panduan Pelajar
2. Aktiviti Interaktif
3. Galeri Multimedia
4. e-Kamus
5. e-Ujian
6. e-Journal
7. Pautan Web

Dengan itu MyCd dapat memudahkan murid menjalan pembelajaran berdasar buku teks dengan aktiviti yang menarik seperti lagu, audio/video, puisi dan animasi.

Tiada ulasan: